JC / RS

AKTIVITI JUNGLE CLEANUP



“Jungle Clean-up” merupakan suatu aktiviti sukarela yang disertai oleh sukarelawan yang berminat untuk beriadah secara sihat sambil membersihkan kawasan hutan yang menjadi tempat tumpuan pelancong dan juga peminat aktiviti outdoor, cth. Hutan Rekreasi, Hutan Lipur dan Hutan Simpan.


Tujuan :

1. Menggabungkan pecinta alam dalam aktiviti kesukarelawan bagi menjaga alam sekitar / semulajadi

2. Membersihkan kawasan hutan daripada sampah sarap yang ditinggalkan oleh pelancong yang tidak bertanggungjawab

3. Mendidik pelancong dan peminat aktiviti outdoor tentang kepentingan menjaga alam sekitar / hutan

4. Mengekalkan kawasan sasaran supaya terus menjadi tempat tumpuan pelancongan / aktiviti outdoor

5. Merekod data mengenai sampah yang ditinggalkan oleh pelancong / peminat aktiviti outdoor untuk tujuan tindakan pihak pengurusan.


Kaedah Yang dijalankan

Satu kaedah yang digunakan iaitu mengutip sampah sarap yang ditinggalkan kemudian dikumpulkan untuk dikira mengikut kategori sampah yang telah ditetapkan (Kertas, Kaca, Plastik dan Tin/Aluminium dll).

Sampah tersebut kemudiannya akan diasingkan untuk dihantar ke Pusat Kitar Semula atau di buang ke tapak pembuangan sampah.


Faedah Kepada Sukarelawan

1. Kepuasan diri

2. Perasaan bangga diri dengan apa yang telah dilakukan

3. Beriadah secara sihat

4. Meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar / semulajadi

5. Menambah ilmu pengetahuan mengenai hutan

6. Menambah kenalan

7. Mengeratkan hubungan kekeluargaan

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


AKTIVITI RIADAH SANTAI



Riadah Santai merupakan sebuah aktiviti anjuran Kelab Orang Hutan Malaysia yang berkonsepkan perkongsian minat dan bukannya bermotifkan keuntungan. Perkataan 'Riadah' digunakan bagi menunjukkan aktiviti ini adalah merupakan aktiviti berekreasi dan bersenam secara sihat, manakala 'Santai' bermaksud merehatkan minda, menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan/stress.


Tujuan :

1. Mewujudkan sebuah aktiviti rekreasi yang sihat.

2. Berkongsi minat yang sama dengan peminat “outdoor” yang berpengalaman serta peminat “outdoor” yang baru menceburkan diri dalam aktiviti ini.

3. Memberi peluang kepada kaki serta peminat “outdoor” beriadah tanpa mengeluarkan kos yang tinggi.

4. Memupuk minat generasi muda tentang aktiviti “outdoor”.

5. Membuka peluang untuk mengenali rakan-rakan “outdoor” yang baru.

6. Mempromosikan tempat-tempat rekreasi yang ada di dalam negara.

7. Melatih ketahanan mental dan fizikal peserta.