SYARAT DAN PERATURAN AKTIVITI

1. Peserta yang mengikuti aktiviti anjuran Kelab Orang Hutan Malaysia (OHM) mestilah seorang yang sihat tubuh badan dan tiada penyakit-penyakit kronik.

2. Berumur 18 tahun dan keatas. (peserta yang berumur bawah 18 tahun mestilah diawasi oleh penjaga yang sama-sama turut serta di dalam aktiviti dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan peserta tersebut)

3. Pelajar IPTA/IPTS yang ingin mengikuti aktiviti OHM mestilah mendapat kebenaran daripada pihak institusi terlebih dahulu supaya sessi pembelajaran tidak terganggu.

4. Peserta yang ingin mengikuti aktiviti OHM mestilah seorang yang berani menyahut cabaran dan mempunyai minat yang tinggi terhadap aktiviti “outdoor”.

5. Penyertaan untuk mengikuti aktiviti anjuran OHM adalah di atas kerelaan sendiri dan pihak Komuniti OHM tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlakunya kemalangan yang menimpa peserta sepanjang mengikuti program. (Peserta digalakkan untuk mengambil premium insuran untuk diri sendiri atau insurans berkelompok)

6. Semua peserta yang mengikuti aktiviti ‘anjuran OHM MESTI mendaftarkan diri dengan mengisi Borang Penyertaan serta Borang Deklarasi Pelepasan Tanggungan.

7. Segala peralatan untuk menjayakan aktiviti ‘Jungle Cleanup’ TIDAK AKAN disediakan oleh pihak Kelab OHM bagi mendidik peserta supaya bertanggungjawab dan atas kesedaran diri sendiri melakukan tugas sukarela tanpa memikirkan soal imbuhan kewangan atau kebendaan. (cth; Beg Plastik Sampah, Sarung Tangan dan lain-lain.)

8. Makan minum sepanjang aktiviti berlangsung juga adalah tanggungjawab peserta sendiri. (Tidak disediakan)

9. Memakai t-shirt ‘Jungle Cleanup’ / t-shirt Ahli OHM (sekiranya ada) bagi memperkenalkan aktiviti OHM kepada pelancong / kaki outdoor lain.

10. Peserta yang mengikuti aktiviti OHM mesti patuh kepada arahan yang telah ditetapkan. Sila rujuk www.oranghutanmalaya.com setiapkali sebelum mengikuti sebarang aktiviti. Persediaan Mental dan fizikal adalah digalakkan.

11. Segala peralatan untuk aktiviti luar tidak disediakan oleh pihak Kelab OHM. Peserta mesti menyediakan sendiri kelengkapan yang sesuai untuk setiap aktiviti bagi melancarkan aktiviti. Pihak Kelab OHM tidak akan teragak-agak untuk membatalkan penyertaan peserta yang gagal menyediakan peralatan atau pakaian yang sesuai untuk aktiviti luar.

12. Setiap peserta MESTI membawa peralatan asas untuk outdoor setiapkali mengikuti aktiviti seperti; ‘day pack’ (bag pikul), beg plastik, pemetik api, lampu suluh/lampu kepala, pisau kecil, ‘ground sheet’/’fly sheet’, baju hujan, tali, air mineral, coklat/coklat wafer, ubat-ubatan, minyak panas, ‘insect repellent’ dan lain-lain yang dirasakan sesuai dan mudah untuk dibawa.

13. Sebarang bentuk dadah atau ubat penggalak yang menyalahi Undang-Undang Negara, TIDAK DIBENARKAN sama sekali dibawa atau digunakan semasa beraktiviti termasuk minuman beralkohol / arak. Sekiranya didapati dikalangan peserta ada membawa benda-benda yang tersenarai di atas, pihak Kelab OHM tidak akan teragak-agak untuk membatalkan penyertaan mereka yang terlibat dan tidak akan bertanggungjawab ke atas perkara-perkara yang tidak diingini yang berlaku bersabit dengan benda-benda yang menyalahi undang-undang tersebut.

14. Memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti yang dijalankan dan selesa. Tidak memakai pakaian yang menjolok mata dan mestilah memakai kasut yang sesuai sepanjang menjalani aktiviti. Kebanyakkan aktiviti merupakan aktiviti harian (day trip), namun begitu, peserta digalakkan untuk membawa pakaian ganti (tinggalkan di dalam kenderaan).

15. Sekurang-kurangnya seorang Jurupandu /‘Guide’ akan disediakan untuk setiap aktiviti. Sekiranya penyertaan adalah ramai, Leader’, ‘Runner’ dan ‘Sweeper’ akan disediakan bagi mengawasi keselamatan serta pergerakkan peserta supaya lancar dan teratur. Sila mematuhi arahan Jurupandu /’Guide dan urusetia semasa beraktiviti.

16. Sekiranya aktiviti 'Riadah Santai' memerlukan Bayaran Permit. Semua urusan pembayaran akan diuruskan oleh pihak Kelab OHM bagi memudahkan urusan dan kutipan bayaran permit akan dilakukan ke atas semua peserta sebelum aktiviti bermula.

17. Peserta yang menarik diri pada saat-saat akhir daripada mengikuti aktiviti tidak berhak untuk menuntut balik bayaran yang telahpun dibuat terlebih awal samada bayaran tersebut dibuat melalui Pembankan Internet / Mesin ATM / Bayaran Tunai.

18. Pihak Kelab OHM berhak untuk membatalkan aktiviti yang telah dijadualkan disaat akhir sekiranya didapati aktiviti tersebut boleh menimbulkan bahaya atau mengancam keselamatan peserta samada disebabkan perubahan cuaca, tanah runtuh, darurat, ketidakstabilan politik dan sebagainya.

19. Lain-lain peraturan dan arahan yang akan diberitahu dari masa ke semasa sebelum aktiviti dilangsungkan bagi memastikan keselamatan peserta dan melicinkan perjalanan aktiviti.