MISI, VISI & OBJEKTIF

VISI :
Melahirkan sukarelawan yang sayangkan alam semulajadi


MISI :
Menerapkan nilai kesukarelawanan dalam menjalankan aktiviti konservasi biodiversiti melalui aktiviti rekreasi luar yang mencabar

OBJEKTIF :
1. Menyatukan individu yang berminat dengan cabaran aktiviti luar serta pada masa yang sama menjalankan tugas-tugas khidmat komuniti bagi membantu memulihara alam sekitar di kawasan-kawasan yang mempunyai sumber bio-diversiti seperti Taman Negara, Rizab Hidupan Liar, Hutan Rekreasi, Taman Rekreasi dan Hutan Simpan di Semenanjung Malaysia;

2. Menganjurkan aktiviti-aktiviti sosial, rekreasi, riadah yang berkonsepkan santai dan berunsurkan pendidikan alam sekitar serta kebajikan yang boleh mendatangkan manfaat kepada ahli dan masyarakat;

3. Menggalakkan ahli beriadah bagi meningkatkan tahap kesihatan, disiplin, melatih ketahanan mental dan fizikal serta memupuk minat ahli di dalam mempelbagaikan aktiviti rekreasi berteraskan ekopelancongan secara sihat dan melahirkan ahli yang kompeten dalam bidang rekreasi;

4. Mempromosikan tempat-tempat rekreasi yang menarik serta menggalakkan aktiviti-aktiviti yang berteraskan ekopelancongan di dalam negara;