Monday, April 18, 2011

Pengenalan Kelab Orang Hutan Malaysia

ORANG HUTAN MALAYSIA adalah merupakan sebuah pertubuhan/kelab yang dibentuk bagi memenuhi kehendak dan keperluan mereka yang berminat untuk mengikuti aktiviti samada outdoor atau aktiviti luar yang berunsurkan konservasi sumber kepelbagaian bio-diversiti.

Dalam konteks ini, ORANG HUTAN bukanlah bermaksud sekumpulan Orang Utan (Pongo pigmaeus) yang terdapat di Borneo, tetapi merupakan sebuah kelompok manusia yang berminat dan bergiat aktif melakukan aktiviti luar yang berteraskan hutan serta alam semulajadi. Manakala perkataan MALAYSIA digunakan bagi merujuk kepada tumpuan utama aktiviti kelab ini iaitu di dalam Semenanjung Malaysia.

ORANG HUTAN MALAYSIA diwujudkan untuk mengumpul individu yang berminat dengan cabaran aktiviti luar serta pada masa yang sama meluangkan sedikit masa dengan menjalankan tugas-tugas kesukarelawanan bagi memulihara alam sekitar di kawasan-kawasan yang mempunyai sumber bio-diversiti seperti Taman Negara, Rizab Hidupan Liar, Hutan Rekreasi, Taman Rekreasi dan Hutan Simpan di Semenanjung Malaysia khususnya bagi meningkatkan kesedaran, minat dan penglibatan dalam aktiviti Konservasi Bio-Diversiti di kalangan ahli serta bukan ahli. Justeru, www.oranghutanmalaya.com dibina dan di laman ini akan dipaparkan segala laporan, jurnal, info-info terkini serta aktiviti-aktiviti menarik yang telah dan bakal dijalankan oleh Kelab ORANG HUTAN MALAYSIA serta lain-lain agensi yang berkaitan.

Individu yang berminat dengan kerja-kerja sukarela dan pada masa yang sama melakukan aktiviti luar yang mencabar adalah digalakkan untuk menyertai kami.

Selamat Menyertai Kelab ORANG HUTAN MALAYSIA